Available courses
Dalam episod podcast kali ini, kita membincangkan topik “Dari Lokal Ke Global: Macam Mana Nak Tembus Dunia E-Sukan ke Peringkat Antarabangsa” bersama tetamu jemputan, Encik Muhammad Farouq Bin Abdul Patah, atau lebih dikenali sebagai Flava.
Beliau merupakan Executive Director di Maqna Esports, Founder kepada Esports Central Malaysia, serta CEO kepada Flava Event Group Sdn Bhd. Flava juga dikenali sebagai antara individu yang aktif membangunkan ekosistem e-sukan tempatan melalui inisiatif platform dan komuniti.
Melalui penglibatan beliau, usaha seperti pembangunan platform e-sukan berstruktur telah membantu menghubungkan pemain, penganjur, pendidikan dan peluang kerjaya dalam satu ekosistem yang lebih tersusun di Malaysia .
Dalam episod ini, beliau berkongsi pengalaman dan pandangan tentang bagaimana pemain atau organisasi tempatan boleh berkembang daripada peringkat lokal ke pentas antarabangsa, serta realiti sebenar perjalanan tersebut.
Antara perkara yang dibincangkan:
• Laluan dari peringkat lokal ke global dalam e-sukan
• Peranan ekosistem dan platform dalam perkembangan industri
• Cabaran untuk menembusi pasaran antarabangsa
• Strategi dan mindset untuk berjaya dalam e-sukan
Perkongsian ini sesuai untuk masyarakat umum yang ingin memahami bagaimana industri e-sukan berkembang secara global serta peluang yang tersedia untuk bakat tempatan.